Selasa, 27 April 2010

10 HaRi MeNCaRI cINTa...

Lg 1 ppr.Pastu kemas barang n balik umah.3thn jd ank dagng. Ibarat sirih pulang ke ganggang la wehh...
TESIS mcm mane ella....waaaaaaaaaaaaa!!!! dok kat c.zubir agi..mau muntah darah di buat nyer nk semak aku nyer...cian die...x pe la aku dah penat tido atas tesis...bg la kat die lak tido...hehehehe...semoga diberi kesabaran pada en.zubir semak tesis sy ek...buat kekawan yg dah jilid...pg la jilid dulu kang aku ikot belakang...heheheh

Ahad, 18 April 2010

::MimPI lOr::

mimpi...apa yg boleh dikatakan tntg mimpi...aku boleh meluahkan mimpi aku hari ini..permulaan dengan adanya kuasa aneh...kemudian ianya berlarutan dengan permasalahn keluarga dan akhirnya ada 1 pesanan yang aku rasa sangat berharga utuk aku simpan...dari siapa aku tak tahu...aku ingat wajah 'dia' tapi aku harus pulang ke kmpg utk mencari siapa 'dia'..'Dia' seperti akrab dengan keadaan kg aku sehingga aku rasa 'dia' pernah wujud suatu waktu dahulu di kg..."ditarik..ditolak...jawapannya satu...kau harus pulang pada nya"..ahhhh...apa mksdnya?????

Sabtu, 17 April 2010


aku dah mule tkt...badan dah gigil...24 dah kena sumit tp ape pon x jalan agi...mane nak baca buku, mana nak berangan, mana nak tgk fesbu...adoiiii 24 jam mcm tak cukup jer..5 bab kena pulun kasi pening...TOLONG!!!!!!!!!...TIDO AHHH!!!

MuLa MeNuLIs LaGi...

aku mula menulis semula...hehehe...ini mungkin perkara yg akan aku buat selepas tinggalkan UKM neh...hmmm...pasti akan aku hemburkan segala rasa di dalam laman ini...heheheh...
muahhhhhh...

Rabu, 29 Oktober 2008



Dia mungkin dilahirkan sedikit kurang sempurna. Namun kehadirannya membawa sedikit cahaya kebahagiaan pada keluarga kami. Kepetahannya membuatkan kami sering kali merinduinya. adik bongsu ku ini menjadi harapan kepadaku suatu hari nanti. Aku cuba menyelami perasaannya. Memerhati gerak langkahnya seolah-olah memberitahu kepada kami sekeluarga agar jangan risau tentangnya dan layani dia seperti kanak-kanak yang lain. Pada usianya menjangkau 2 tahun lebih, dia baru pandai bertatih-tatih sedangkan kanak-kanak yang seusianya sudah pandai berlari dan melompat. Inilah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Esa kepada kami sekeluarga dan tanggungjawab kami untuk menjaganya seperti mutiara yang berharga.

Isnin, 27 Oktober 2008




AKU ANAK AYAH

Intaian tirai hidup semalam
Lipatan sejarah itu
Bagai tiada garis galang gantinya
Mekar senyum ku terbayang dimata

Ibu manis di sisi jendela
Menanti lambaian mesra ayah
Yang pulang barang jam empat
Dengan leleh keringat pecah peluh
Di dahi penuh makrifat
Menggalas amanah harapan keluarga

Kuping telinga berdengung lagi
Dek kalimat ayah berbisik
Mungil bibir menyemat pesan
Anak.... kau semakin dewasa
Sedang ayah sibuk membilang usia
Menanti rebah di pesisir tanah merah
Menghitung derap akhir tujuh langkah
Dalam soal balas dalamnya tujuh hasta
Sementelaah menuju terminal terakhir

Anak.. ayahmu ini tidaklah kaya
Bukan juga punya harta untuk mendabik dada
Tiada juga warisan keturunan yang bisa difara’id
Cuma...anakku
Ayahmu ini punya
Permata ilmu yang di gilap
seawal usia kakimu sebesar dua jariku
hingga dirimu mula bertatih pada dunia luar
pandai-pandailah anakku
kau pelihara permata itu
agar kau mulia tanah sendiri
megah di bumi asing

kini ayah nun jauh perginya
pergi dengan rapat mata tertutup rapi
tertunai sudah harapan diberi
padaku pesanaan mekar di hati
sempat ku pangku jasad
dengan penuh kilauan permata yang ditinggalnya
akan ku pegang moga menyinar jalanku yang panjang....

Ahad, 26 Oktober 2008

Kenang Daku Dalam Doa Mu

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudahlah memang nasib ku dik
Demikian rupa


Ku berdoa agar dikau hidup bahgia
Jangan bimbang padaku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itulah ku pinta dari dulu
Waktu bertemu

s.m.salim